Selasa, 1 Jun 2010

Mangsa kad ATM teraniaya

Pihak polis menyiasat lapuran ini secara olok-olok dan dengan sengaja menggalkan diri dari mendapatkan butir-butir pada jalur magnetik. Polis juga secara tersirat mencadangkan kepada pendakwa raya supaya kes ini ditutup.


Pendakwa raya telah menutup kes ini dengan memberikan alasan yang tidak benar seperti yang telah disampaikan kepada saya oleh pegawai penyiasat.

Dalam tuntutan sivil saya telah meminta bantuan Bank Negara Malaysia untuk menjadi saksi pakar.

Bank Negara Malaysia enggan hadir untuk memberi keterangan sebagai saksi pakar. Selain Bank Negara,siapakah pihakyang paling layak untuk menjadi saksi pakar? Keengganan Bank Negara hadir sebagai saksi pakar telah memberi peluang kepada Maybank mengemukakan dokumen palsu di mahkamah.


Pihak polis belum mengambil keterangan dari saya berhubung lapuran ini, iaitu mengenai dokumen palsu yang difailkan oleh Maybank di mahkamah
Semua dokumen berkaitan telah kemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia namun tiada sebarang tindakan.

Setelah bosan dengan penguat kuasa dan pendakwa raya saya mengambil keputusan membuat lapuran di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan